Thursday, October 30, 2008

WARKAH BUAT MUSLIMAH..




Duhai Gadis …
Gadisku…

sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,

tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok

yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu,

namun …

tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar,

dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya

memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!!

duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku…


aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.

Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt…
hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’,
bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah,
matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit,
telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya,
akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah..


bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat

melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah…
umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi,
pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam.
Namun ….


ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki,
sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.


Gadisku…


aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku…


dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi,
itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta…
bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah…

kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki.
Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah.
Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini,
cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku,
mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu.
Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya.
buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal,
cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal,
kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin.
Oleh kerana itu,
tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar

dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku





Wahai Muslimah Solehah ..

Wanita solehah itu aurat dijaga,


Pergaulan dipagari,


Sifat malu pengikat diri,


Seindah hiasan di dunia ini.




Keayuan wanita solehah itu,


tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,


Kemanisan wanita solehah ,


tidak terletak pada kemanjaannya,




Daya penarik wanita solehah itu ,


Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,


Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,


Kepetahan wanita solehah ,


Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.




Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,


Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,


Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,


Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.




Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,


kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,


Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,


Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,


kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,


Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,




kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,


Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,


Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,


Bersyukurlah diatas apa yang ada .




Serta berusaha demi keluarga ,


bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku ,


Wanita solehah.
“Wanita hiasan dunia ,


Seindah hiasan adalah wanita solehah”

RENUNGAN


Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh,Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak.Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..

Tuesday, October 28, 2008

KITA ADALAH SAUDARA
(surah al-hujurat ; 10)
''Sesungguhnya orang-orang mukmin
adalah saudara.kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu
dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu mendapat rahmat.''
PESANAN BUAT SAHABATKU
''Temanku,
jangan kamu menutup
pintumu dan menurunkan
tabirmu dan berasa malu kepada
manusia tetapi tidak malu kepada
Al-quraan yang ada di dadamu dan
tidak malu kepada Allah yangMaha
Besar yang tidak ada sesuatu
yang dapat bersembunyi
dariNya''

REHATKAN MINDA

Beberapa orang wanita quraish sedang berada di rumah Rasulullah saw kerana ingin menanya beberapa masalah.Suara riuh-rendah kedengaran dari rumah baginda,tidak berapa lama kemudian,Umar Al-Khattab datang dan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah baginda.
Sebaik saja Umar masuk,wanita-wanita tersebut membaiki letak tudung mereka.Lalu baginda tertawa melihat kejadian tersebut,dengan rasa hairan Umar bertanya."Saya hairan, kerana sebaik saja mendegar suaramu, kaum wanita ini segera membetulkan letak tudung mereka." jawab Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, sepatutnya engkaulah yang lebih disegani daripada aku." kata Umar.
Kemudian Umar berkata kepada kaum wanita itu:"Engkau semua ini melawan diri sendiri,mengapa engkau lebih takut aku daripada rasulullah ?''
''Wahai Umar ,berhati kasar dan lebih keras daripada rasulullah''kata kaum wanita itu.Sekali lagi rasulullah tersenyum.

Thursday, October 23, 2008


Ni laa dua orang cikgu kesayangan saya yang sempat
berpossing sebelum menjamu selera..




emm...sedapnya kawan-kawan saya tu makan..
Semalam ( 22/10/08 ) telah berlangsungnya majlis jamuan akhir tahun yang telah diadakan oleh tahun 6 di sekolah saya iaitu di Sek.Keb.Kuala Penor, saya dan semua rakan-rakan telah membuat persediaan yang memenatkan.Tapi, berbaloi!!. Jamuan tersebut dimulakan dengan ucapan dari saya selaku pegerusi dan juga dari penolong ketua kelas.Bacaan doa telah dilafazkan oleh Ketua Pengawas kami iaitu Mohd Afiq Aizuddin...lepas tu ape lagi !Makan laa!!emm..sedap nasi tomato ,Banyak makanan..banyak jugak food yang cikgu support..ari tu nak pecah perut,emm..macam biasa laa kalau ada pembukaan mesti ada penutupnya ,lepas tu saya laa yang kena buat ucapan untuk penutup..spontan pulak tu.Dah kenyang-kenyang,kena laa kemas kelas..alhamdulillah majlis tu berjalan lancar jugak..Saya rasa happy sangat..thanks ye for my teachers.Especially, my headmaster Encik Safii,Teacher Azlina and also teacher Pazrina....






Tuesday, October 21, 2008




In The Name of Allah The Most Gracious Most Mercifull



Hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu yang diperolehi dari yahoogroups ..
insya-Allah,sama kita baiki, baik Muslimin atau khususnya pada Muslimat



Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati,

ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka.

walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..

sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..

sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...

dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah
"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun." (An-Nisa' : 124)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : "Perhiasan yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim