Showing posts with label Self-reflection. Show all posts
Showing posts with label Self-reflection. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

"Tarbiyah telah mendidik akhawat supaya

 jangan mengedik

dan tarbiyah juga telah mendidik ikhwah 

supaya jangan mengatal." 


Dah kalau faham, jangan buat buat tak faham.

Thursday, November 21, 2013

A S S Y A H I D A H M A D A M M A R

SalamAlaik, Assyahid Ahmad Ammar adalah seorang pemuda yang berusia 20 tahun dan sebelum saat saat akhir dia dijemput, dia telah menghabiskan masanya dengan mencari redha Allah.

Lately, wall penuh dengan cerita Ahmad Ammar, ku cari masa lapang untuk melihat video mengenainya. Malam tadi, ku curi sedikit masa memberi tumpuan pada visual Ahmad Ammar. Allah !! Kisah Ahmad Ammar memberi tamparan besar padaku seterusnya ibarat tempelak dari Allah buatku.

17 tahun Allah pinjamkan segala kepunyaanNya buatku, segala nikmat yang besar tanpa aku memintanya, sepintas lalu aku muhasabah diri yang tidak pernah sedikiitku korban kan masa untuk memperjuangkan agamaNya. Sungguh aku hamba yang leka.

Seandainya Allah ingin menjemput aku seawal usia ammar, aku masih belum yakin yang aku bisa sepertinya. Lisan ini selalu memperkatakan soal perjuangan dan syahid fi sabilillah. tetapi, aku sendiri tidak berusaha untuk menggapainya.

Ya Allah, jangan kau aku, jangan kau jemput umi dan abahku juga keluargaku disaat syurga itu benar benar terjamin buat kami ya Allah, kami lemah, kami leka dan kami tidak berdaya menggapai syurga dengan usaha kami sendiri. Maka kau rahmatilah kami, berrikanlah tempat tempat kami disisiMu dan kekasihMu . Amiin

Tuesday, November 19, 2013

DEEP



Persoalan demi persoalan sering timbul dikalangan kita, dan genjala couple ini sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kita meskipun yang berpurdah mahupon berserban *oppss, its REALITY.

Tetapi, perlu diingatkan bukanlah salah seban ataupun niqab itu, kesucian kedua dua amalan sunnah ini tetap mulia.

ISLAM ITU SEMPURNA, TETAPI MUSLIM ITU TIDAK SEMPURNA.NESCAYA SALAHKAN MUSLIM DAN BUKAN ISLAM

Pemasalahan couple ini menular luas dan sering tidak diendahkan orang majoriti masyarakat kita samaada yang sudah tahu mengenai tegahan mahupon yang masih jahil. Berdasarkan firman Allah :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Berdasarkan ayat ini, pasti masih menimbulkan persoalan "Apa kaitan dengan zina? Tak pernah jumpa pun, sms dan calling calling je" .Disini saya nak menegaskan jangan ingat zina itu hanya terletak pada zina faraj semata mata. kerana zina terbahahgi kepada :

ZINA MATA, ZINA HATI,ZINA TELINGA DAN ZINA YANG SEBENAR-BENAR ZINA.

Check kembali, adakah kita bercouple dalam keadaan tidak saling merindu dan mencintai *eh eh, soalan apa aku ni?.Never mind KEEP CALM AND ASK YOURSELF. jika ya adakah ia mengganggu atau melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasululluh?

"saya lebih sayang Allah dan Rasulullah lebih dari BF saya"

Oh really? ask yourself pernahkah kita korbankan masa buat Allah dan yakinkah kita yang kita tak pernah terlalai menunaikan syariat Allah seperti solat kerana lebih mengutamakan kekasih kita. 

JIKA KITA INGIN MENGETAHUI DI MANA TEMPAT KITA DI SISI ALLAH DAN RASULULLAH.TANYA DIRI SENDIRI, DIMANA TEMPAT ALLAH DAN RASULULLAH DI HATI KITA.

kembali ke persoalan asal, WUJUDKAH ISLAMIC COUPLE di dalam islam? ABSOLUTELY!! . iaitu couple yang menyalurkan fitrah mereka sejajar dengan syariat Allah. Bagaimana? BERNIKAH LAHH