Wednesday, December 17, 2008

Balik kampung..


Assalamualaikum kpd semua pengunjung blog qiswahhassanah,ana akan balik ke kampung di temerloh selama seminggu insyaAllah..kat kampung x leh nk up date coz x derk lap top,lagipun line slow..tp,insyaAllah ana bleh minta ukhti ana tolong tambahkan atikel2 baru masa ana duk kat kampung nanti..kepada semua kawan2 ana n sume orang yg mengenali diri nie,jangan luper @ ye..
JOM BALIK KAMPUNG!!!!!!!!!!

Tuesday, December 16, 2008

Taubat wanita buta



Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:


"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."


Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?" "Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.


Saleh pun ikut menangis karena sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu. "Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.


Lalu Saleh membacakan ayat yang artinya:


"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91) "Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.


Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"


Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."

Saturday, December 13, 2008

Lembaran Hidup Wanita Solehah








Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...




Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...




Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah


Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...




Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....




Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
mencari penghilang dahaga






Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....




Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....

Sunday, December 7, 2008

Hadis minggu ini..

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :
Bersyukur

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Riwayat At-Tabrani


Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

Ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.

Iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.

iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

IKHLAS DARI QISWAHHASSANAH


Friday, December 5, 2008

Nasyid kesukaanku

Persada Perjuangan
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfanhttp://liriknasyid.com

Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,(ulang korus)
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lava

Ketika itulah kami mengaku,
Lantas membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.

Masih mekar kenangan indah



Assalamualaikum..

Hai semua,sori ana dah lama x up dated.But skarang nie ana nk cite sikit pengalaman ana masuk kem..emm..pic yg cute ni bkn pic ana tp kwn baek ana wk2 kt kem..ana pada mulanyer x nak join sbb ana cuba k0l kwn-kwn yg thn lepas nk ajk msk kem..them asked:busy laa,nk blk kmpng laa,ish..mcm2 lg.But nasib baek cousin ana nk join it,kwn-kwn thn nie so friendly ..i like it!!lepas para fasilitator dah pecahkn kami dlm 4 groups..alhamdulillah sgt2 coz ana ngan geng2 ana satu kump..setiap hari kami semua akan slt b'jemaah 5 sehari semalam..wak2 pagi kami menghafal surah2 likes Yaasin,Al-mulk n banyak lg..tp, bkn semua,sblm 2 kami dijlni ujian tahap bacaan sama ada harus menghafal surah -surah penting or surah lazim..kami akan belajar fardhu ain pada wk2 ptg..2 hari sblm kem tmt kami b'lth nasyed,pentomen n bnyk lg untk mlm kesenian pd mlm sblm pulang..alhamdulillah,kump ana (SUWAIBAH AL-ISLAMIYYAH)b'jaya mendpt tmpt p''tama dlm nasyed walaupun suara ana wk2 jd solo dh mcm katak puru sbb skt tekak hu..hu..may be menang sbb suara bdk cute kt ats 2 k0t..sad bt0l pisah ngan diorang sume..sume nangis while dngr leader kami nasyed lagu doa perpisahan...tp kenangan ni akn sentiasa mekar dalam ingatan..

Sunday, November 23, 2008

Untuk Semua Pengunjung Blog...

Assalammualaikum...
kepada semua pengunjung blog qiswahhassanah, asiff jiddan sebab tak dapat nak update blog. sekarang ni aina masuk program cuti sekolah, KEM INTENSIF AL-QURAAN kat Pusat Pengajian Islam An-Nuur selama 13 hari... so Aina mohon beribu kemaafan sebab tak dapat la nak jenguk2 blog ni....

Thursday, November 20, 2008

I AM A MUSLIM


I am a Muslim
And God I praise
For all His blessings
My voice I raise
In one God I believe
No equal has He
Lord of the universe
Compassionate to me
Muhammad the prophet
Taught me the way
To be honest and truthful
Throughout every day
The holy Qur'an
To life is my guide
It's teachings I follow
By it I abide
Islam my religion
Preaches good deeds
Mercy and kindness
To the right path it leads
Upon all humanity
God showers His grace
Regardless of colour
Nationality or race
Through working together
Our hopes increase
To live in a world
Full of love and peace

I am a Muslim
And God I praise
For all His blessings
My voice I raise

Wednesday, November 19, 2008

Tips-tips exam

Assalamualaikum..maaf saya sudah lama tak up dated,emm..dah bersawang pun.tips2 ni khas buat abang2&kakak2 yang tengah exam(SPM @STPM)


Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri
sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.


1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah

“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)

2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan

"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan

Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul
4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar)

5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)


Thursday, November 13, 2008

UPSR RESULT

Assalamualaikum..emm sekarang ni saya nak kongsi pengalaman saya ambik UPSR and sekarang dah keluar pun resultnya..nak tau saya berapa nanti dulu..Pada mula masuk dewan peoeriksaan debar sangat tambah pulak dengan ketua pengawasnya yang bermuka garang..ishh,seram..tapi saya buat biasa jer,ada kawan saya yang menangis..ha..ha..Selepas semua orang terima arahan dari ketua pengawas untuk memulakan peperiksaan kertas pertama iaitu Bahasa Malaysia (1)Terkumat-kamitlah mulut semua pelajar dengan membaca doa,macam biasa laa dah siap saya semua pergi rehat,masa tu cikgu-cikgu saya yang prihatin pergi cari pelajarnya untuk meminjam kertas periksa,emm..macam tu laa dengan hari yang seterusnya..ala pasal result,malu la nak cakap berapa..sikit sangat,kay laa saya dapat(3A2B)

Monday, November 10, 2008

ADAB BERSAMA AL-QURAN

Al Quran sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sangat baik, untuk kehormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman kepadanya dan mengerjakannya.

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah memperinci dengan sejelas-jelasnya bagaimana hendaknya adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang mengenal batin, dan adab yang mengenal lahir. Adab yang mengenal batin itu, diperinci lagi menjadi erti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati dikala membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa. Dengan demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubarinya. Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, yaitu dengan hati dan jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Gazhali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan kalimat Allah, yaitu bagi pembaca Al Qur'an ketika ia memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Quran itu sendiri. Sebagaimana yang diriwayatkan, 'Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Quran berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:"Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam Allah berarti membesarkan Allah."

Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran, selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu, tantang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bahagian.

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:

1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.

4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang berbunyi: a'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta'awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai berikut."Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:
"....Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.Telah berkata Ibnu Abbas r.a.:" Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat."

8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, iaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:

"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?...

"Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran erti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya. Seperti bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai pada ayat azab, lalu meminta perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, lalu meminta dan memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal a'la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud, dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat yaitu:

1. dalam surat Al-A'raaf ayat 206

2. dalam surat Ar-ra'd ayat 15

3. dalam surat An-Nahl ayat 50

4. dalam surat Bani Israil ayat 109

5. dalam surat Maryam ayat 58

6. dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77

7. dalam surat Al Furqaan ayat 60

8. dalam surat Annaml ayat 26

9. dalam surat As-Sajdah ayat 15

10. dalam surat As-Shad ayat 2411. dalam surat Haamim ayat 38

12. dalam surat An-Najm ayat 62

13. dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21, dan

14. dalam surat Al-'Alaq ayat 19

9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila smapai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menunggu-nunggu istrinya, Siti 'Aisyah r.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah dia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:"

Bagaimanakah keadaanmu?"

Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagi merdu suaranya. Belum pernah aku mendengar suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. Rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.

Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut arti yang sebenarnya.

Friday, November 7, 2008


Ari 2, tapi tak tau bile..semua student year 6 nak penuh kan masa rehat lepas UPSR kat school dengan bikin cornflakes madu..teacher lyn ngan cikgu2 laen laa yang jadi chef.(teacher lyn tengah tunjukkan bakat tu)




Nie laa hasil cornflakes yang frenz saya buat ngan cikgu2 .Tapi saya tak join sekali pun coz baru lepas pembedahan..(emm..sedapnye)






MY PRETTY TEACHERS


ADAB SEORANG PELAJAR



1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.


2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.


3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.


4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.


5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.


6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.


7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.


8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.


9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.


10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.


p/s: Hormatilah guru kerana guru banyak berjasa pada kita semua untuk beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna...Ibarat tiada guru,tiadalah ilmu...

Thursday, November 6, 2008

MY FAVOURITE TEACHER




Ini cikgu kesayangan saya yang bernama Pn. Nor Azlina..tapi, semua student kat sekolah saya tu panggil beliau (teacher)Teacher nie baik orangnya,rajin,cantik...tapi, dengar cite teacher dah nak pindah school..mintak2 laa tak jadi,






MESSAGE FOR MY TEACHER:



I LOVE YOU..



BE HAPPY..

My Responsible Headmaster


This is my headmaster,his name is En.Safii b.Hj Karim..On my prediction he is a responsible headmaster in the world.He stiff wind in SK kuala Penor..he has leader spirit and more,if you all see En.Safii,you all will praise him..i hope he always be happy and will teach all SKKP student for ever

Tuesday, November 4, 2008

PARTY




Hari ni (3/11/08)sekolah saya adakan jamuan lagi tapi ni pengawas sekolah punya party..kami semua makan kat dewan,meriAh!!nasi ayam yang staff sekolah kami buat seDap..

Monday, November 3, 2008

LAWAK UNTUK DIFIKIRKAN



Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...

kalau tidak......

Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca

ini....

kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..

tapi mengeja..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih

kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi

tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit,

sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana..

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.

selain terhibur anda fikirlahlah. ..
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...

" " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh..

tapi generasi skrang.. amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..

tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung..

ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..

bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam * *al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam

tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..

tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan sosial kesemua tempat tapi merasa berat

nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam*

Saturday, November 1, 2008

HADITH

Tajuk :
Menghadapi Cabaran Zaman

Hadith :

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.

(al-Bukhari)

Thursday, October 30, 2008

WARKAH BUAT MUSLIMAH..




Duhai Gadis …
Gadisku…

sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,

tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok

yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu,

namun …

tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar,

dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya

memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!!

duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku…


aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.

Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt…
hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’,
bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah,
matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit,
telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya,
akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah..


bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat

melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah…
umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi,
pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam.
Namun ….


ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki,
sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.


Gadisku…


aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku…


dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi,
itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta…
bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah…

kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki.
Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah.
Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini,
cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku,
mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu.
Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya.
buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal,
cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal,
kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin.
Oleh kerana itu,
tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar

dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku





Wahai Muslimah Solehah ..

Wanita solehah itu aurat dijaga,


Pergaulan dipagari,


Sifat malu pengikat diri,


Seindah hiasan di dunia ini.




Keayuan wanita solehah itu,


tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,


Kemanisan wanita solehah ,


tidak terletak pada kemanjaannya,




Daya penarik wanita solehah itu ,


Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,


Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,


Kepetahan wanita solehah ,


Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.




Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,


Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,


Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,


Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.




Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,


kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,


Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,


Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,


kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,


Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,




kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,


Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,


Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,


Bersyukurlah diatas apa yang ada .




Serta berusaha demi keluarga ,


bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku ,


Wanita solehah.
“Wanita hiasan dunia ,


Seindah hiasan adalah wanita solehah”

RENUNGAN


Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh,Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak.Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..

Tuesday, October 28, 2008

KITA ADALAH SAUDARA
(surah al-hujurat ; 10)
''Sesungguhnya orang-orang mukmin
adalah saudara.kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu
dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu mendapat rahmat.''
PESANAN BUAT SAHABATKU
''Temanku,
jangan kamu menutup
pintumu dan menurunkan
tabirmu dan berasa malu kepada
manusia tetapi tidak malu kepada
Al-quraan yang ada di dadamu dan
tidak malu kepada Allah yangMaha
Besar yang tidak ada sesuatu
yang dapat bersembunyi
dariNya''

REHATKAN MINDA

Beberapa orang wanita quraish sedang berada di rumah Rasulullah saw kerana ingin menanya beberapa masalah.Suara riuh-rendah kedengaran dari rumah baginda,tidak berapa lama kemudian,Umar Al-Khattab datang dan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah baginda.
Sebaik saja Umar masuk,wanita-wanita tersebut membaiki letak tudung mereka.Lalu baginda tertawa melihat kejadian tersebut,dengan rasa hairan Umar bertanya."Saya hairan, kerana sebaik saja mendegar suaramu, kaum wanita ini segera membetulkan letak tudung mereka." jawab Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, sepatutnya engkaulah yang lebih disegani daripada aku." kata Umar.
Kemudian Umar berkata kepada kaum wanita itu:"Engkau semua ini melawan diri sendiri,mengapa engkau lebih takut aku daripada rasulullah ?''
''Wahai Umar ,berhati kasar dan lebih keras daripada rasulullah''kata kaum wanita itu.Sekali lagi rasulullah tersenyum.

Thursday, October 23, 2008


Ni laa dua orang cikgu kesayangan saya yang sempat
berpossing sebelum menjamu selera..




emm...sedapnya kawan-kawan saya tu makan..
Semalam ( 22/10/08 ) telah berlangsungnya majlis jamuan akhir tahun yang telah diadakan oleh tahun 6 di sekolah saya iaitu di Sek.Keb.Kuala Penor, saya dan semua rakan-rakan telah membuat persediaan yang memenatkan.Tapi, berbaloi!!. Jamuan tersebut dimulakan dengan ucapan dari saya selaku pegerusi dan juga dari penolong ketua kelas.Bacaan doa telah dilafazkan oleh Ketua Pengawas kami iaitu Mohd Afiq Aizuddin...lepas tu ape lagi !Makan laa!!emm..sedap nasi tomato ,Banyak makanan..banyak jugak food yang cikgu support..ari tu nak pecah perut,emm..macam biasa laa kalau ada pembukaan mesti ada penutupnya ,lepas tu saya laa yang kena buat ucapan untuk penutup..spontan pulak tu.Dah kenyang-kenyang,kena laa kemas kelas..alhamdulillah majlis tu berjalan lancar jugak..Saya rasa happy sangat..thanks ye for my teachers.Especially, my headmaster Encik Safii,Teacher Azlina and also teacher Pazrina....






Tuesday, October 21, 2008




In The Name of Allah The Most Gracious Most Mercifull



Hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu yang diperolehi dari yahoogroups ..
insya-Allah,sama kita baiki, baik Muslimin atau khususnya pada Muslimat



Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati,

ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka.

walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..

sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..

sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...

dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah
"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun." (An-Nisa' : 124)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : "Perhiasan yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim