Friday, December 27, 2013

Peace Be Upon You

SALAMUALAIKUM.

WAIT !! " I wanna ask a question, why we as muslim need to greeting each other wif salamualaik and wasalamualaik?why not we greeting people wif hello, hi and etc .."

yeah ! its a good question :) here : Allah Said : تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً 

"there is barakah on salam"

and salam is du'a .. Islam is Rahmah lil 'Alamin, so can you imagine, how pretty beautiful muslims keep du'a" peace be upon you" each other.:)

so, hello and hi or whatever .. those cant make du'a. they're nothing !

so, lets just make du'a each other . ISLAM PEACE :)

Monday, November 25, 2013

WAJARKAH KONSERT DI MUKTAMAR??


WAJARKAH? WAJARKAH?

PERNAHKAH KITA TERFIKIR ?

PRU13 kita mendapat undian majoriti rakyat Malaysia, tetapi "mengapa kemenangan bukan milik kita?" MENGAPA DAN MENGAPA?

muhasabah sejenak dasar perjuangan kita mungkin tersasar setelah bertahaluf siyasi yang rata - ratanya dasar PKR dan DAP bukan kerana Islam. Dasar dan perjuangan PAS 100% berbeza dengan dasar parti politik lain. Parti kita dipimpin oleh kepimpinan ulama' malah ditubuhkan oleh ulama' !

Tetapi, kenapa mesti ada puak anti- ulama' dalam jemaah kita sendiri?  Seperti yang ditegaskan oleh YB Dun Tepoh tempoh hari di Muktamar Pas Pusat mewakili Negeri Terengganu. Yang menjadi permasalahnya adalah wujudnya MR.ARROGANT!!

Berikutan isu yang menggemparkan semua muktamirin KONSERT PAS FOR ALL, persoalannya di sini. Wajarkah jawapan balas Dr. Muhaimin berkenaan isu ini!

Ini pandangan saya sebagai seorang anak muda :

Konsert seperti itu sangat sangat TIDAK WAJAR BAHKAN MEMALUKAN, apa begitu dahaga anak muda PAS yang rata ratanya bertudung labuh dan berkopiah terhadap hiburan seperti itu? Adakah konsert seperti itu HARAM apabila ia anjuran UMNO dan menjadi HALAL apabila di anjur oleh PAS?

Ya benar, memang tiada pencampuran antara lelaki dan perempuan, tetapi anak muda seperti kami lebih memerlukan pengisian agama yang kami kira kami tidak ada pada parti lain. Kita ada tokoh kuat anak muda seperti UAI, USTAZ HASLIM dan ramai lagi . tetapi, mengapa hiburan seperti ini dipersembahkan.

Saya yakin, saya akan berdepan dengan pelbagai persoalan mengenai isu ini daripada sahabat sahabat yang baru berniat ingin mendekati PAS yang mana hati mereka memerlukan pengisian rohani.

WallahuAlam , saya insan lemah yang turut rasa dibebani dengan permasalah jamaah ini. Kita doakan kedua dua Tuan Guru kita kuat mengahadapi segala ujian ini.

sama- sama audit, dan semoga masalah seperti ini tidak berulang . segala keputusan, harap boleh rujuk Dewan Ulama' yang akan memberi nasihat. Ingat ! Kita bukan sebuah parti politik semata mata . kita MEMBAWA PANJI ISLAM !

Suka saya ulangi kata kata Perwakilan Wilayah Persekutuan "Jangan kerana kita mahu ke Putrajaya, kita tinggalkan syariat Allah di pintu pagar Putrajaya"


Dhiya ULhaq Annuury
12.13am | Isnin



Saturday, November 23, 2013

"Tarbiyah telah mendidik akhawat supaya

 jangan mengedik

dan tarbiyah juga telah mendidik ikhwah 

supaya jangan mengatal." 


Dah kalau faham, jangan buat buat tak faham.

Thursday, November 21, 2013

SNAP SNAP SEKITAR MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT

Muslimat bergambar dengan Kelab Penyokong 

Turut bersama, senior KUIZM merupakan anak TGAH

Siswi KUIZM yang hadir sebagai pemerhati

Suasana dalam persidangan yang tidak kurang hangatnya isu yang dibahaskan

Lagi gambar dalam persidangan

Kita (admin) dan sahabat snap snap jugak :P

Alhamdulillah, dapat menimba ilmu


Alhamdulillah, semua mahasiswa/wi KUIZM berjaya melibatkan diri dalam persidangan Muktamar Pas yang sebahagiannya mengambil pengalaman sebagai petugas manakala sebahagian lagi menimba ilmu sebagai pemerhati. Anda boleh mengunjungi gerai KUIZM bersama DEWAN ULAMA' di Stadium Melawati . Jumpaaa di sanaa :)

A S S Y A H I D A H M A D A M M A R

SalamAlaik, Assyahid Ahmad Ammar adalah seorang pemuda yang berusia 20 tahun dan sebelum saat saat akhir dia dijemput, dia telah menghabiskan masanya dengan mencari redha Allah.

Lately, wall penuh dengan cerita Ahmad Ammar, ku cari masa lapang untuk melihat video mengenainya. Malam tadi, ku curi sedikit masa memberi tumpuan pada visual Ahmad Ammar. Allah !! Kisah Ahmad Ammar memberi tamparan besar padaku seterusnya ibarat tempelak dari Allah buatku.

17 tahun Allah pinjamkan segala kepunyaanNya buatku, segala nikmat yang besar tanpa aku memintanya, sepintas lalu aku muhasabah diri yang tidak pernah sedikiitku korban kan masa untuk memperjuangkan agamaNya. Sungguh aku hamba yang leka.

Seandainya Allah ingin menjemput aku seawal usia ammar, aku masih belum yakin yang aku bisa sepertinya. Lisan ini selalu memperkatakan soal perjuangan dan syahid fi sabilillah. tetapi, aku sendiri tidak berusaha untuk menggapainya.

Ya Allah, jangan kau aku, jangan kau jemput umi dan abahku juga keluargaku disaat syurga itu benar benar terjamin buat kami ya Allah, kami lemah, kami leka dan kami tidak berdaya menggapai syurga dengan usaha kami sendiri. Maka kau rahmatilah kami, berrikanlah tempat tempat kami disisiMu dan kekasihMu . Amiin

Wednesday, November 20, 2013

MA NEW ART FOR MY 2ND CLASS :)

TADAAAA :D NANTI NAK PRACTICE LAGI , SEKARANG TUMPU STUDY . ABOUT A MONTH I'LL FACE FINAL EXAM . INSHAA ALLAH, MAKE DU'A KEY

MA KUFI :)

DHIYA ULHAQ

ZAHID

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALLAH MUHAMMAD

AINI ATHIRAH

ZALEHA

ZALEHA


Ini adalahh hasil cubaan khat kufi kitaa after ma first class . Walaupon, kita hentam hentam .. Tapi, kitaa sukee :)
okey, nak masuk ma second class harini . *Just in loved

Tuesday, November 19, 2013

KAKAK HIJAU JAHATT (╥﹏╥)


Kakak Hijau Cantek jahaaatttt !!!

Sampai hati, jiwa raga jantung berlobang  nak tinggal kita sesorang kat dalam kelas!

Sesuka suki je nak pindah, nak ambil STAM bagai. kitaa sedih tauu (╥﹏╥) 

Bila kita kata taknak kawan dia. Dia boleh kata pulak "takpelah kita bukan jumpa dah lepas ni"

Ingat kita tak terasa ke walaupon kita nampak cam hati kering (◕︵◕)

YEEE ! tahulah kita selalu buat dia terasa hati, tapi kitaa semua tak sengaja . 

Janganlah pindah, kalau ada appa apa kekurangan dalam persahabatan ni, tegurlah 

Lastly , mintak maaf bebanyak. harap akak dapat fikirkan.

ada apa apa masalah, ceritalah . inshaaAllah kitta dengar dan simpan . 

xoxo. *tengah sedihh .








DEEP



Persoalan demi persoalan sering timbul dikalangan kita, dan genjala couple ini sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kita meskipun yang berpurdah mahupon berserban *oppss, its REALITY.

Tetapi, perlu diingatkan bukanlah salah seban ataupun niqab itu, kesucian kedua dua amalan sunnah ini tetap mulia.

ISLAM ITU SEMPURNA, TETAPI MUSLIM ITU TIDAK SEMPURNA.NESCAYA SALAHKAN MUSLIM DAN BUKAN ISLAM

Pemasalahan couple ini menular luas dan sering tidak diendahkan orang majoriti masyarakat kita samaada yang sudah tahu mengenai tegahan mahupon yang masih jahil. Berdasarkan firman Allah :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Berdasarkan ayat ini, pasti masih menimbulkan persoalan "Apa kaitan dengan zina? Tak pernah jumpa pun, sms dan calling calling je" .Disini saya nak menegaskan jangan ingat zina itu hanya terletak pada zina faraj semata mata. kerana zina terbahahgi kepada :

ZINA MATA, ZINA HATI,ZINA TELINGA DAN ZINA YANG SEBENAR-BENAR ZINA.

Check kembali, adakah kita bercouple dalam keadaan tidak saling merindu dan mencintai *eh eh, soalan apa aku ni?.Never mind KEEP CALM AND ASK YOURSELF. jika ya adakah ia mengganggu atau melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasululluh?

"saya lebih sayang Allah dan Rasulullah lebih dari BF saya"

Oh really? ask yourself pernahkah kita korbankan masa buat Allah dan yakinkah kita yang kita tak pernah terlalai menunaikan syariat Allah seperti solat kerana lebih mengutamakan kekasih kita. 

JIKA KITA INGIN MENGETAHUI DI MANA TEMPAT KITA DI SISI ALLAH DAN RASULULLAH.TANYA DIRI SENDIRI, DIMANA TEMPAT ALLAH DAN RASULULLAH DI HATI KITA.

kembali ke persoalan asal, WUJUDKAH ISLAMIC COUPLE di dalam islam? ABSOLUTELY!! . iaitu couple yang menyalurkan fitrah mereka sejajar dengan syariat Allah. Bagaimana? BERNIKAH LAHH

KENAPA ADA GAMBAR YANG DAH HILANG ?

SALAMALAIK, :D

Haa, selepas sekian lama berhabuk, bersawang. Akhirnyaa blogger Dhiya ULhaq kembali ke pangkal jalan untuk mengemaskini belog ni .

Sebenarnya kita dah ada belog baru, Tapi... disebabkan belog ini paling lama kita mencoret kehidupan.Maka, kita 'merujuk' kembali perhubungan ini *ini merapu 

Also also, banyak gambar yang kita removed. salah satu sebabnya kerana gambar-gambar kita comot and sebab tak pakai purdah walaupon masa tu kitaa sekolah rendah. *malu .

Okey, sayaaa akan terus meng-update dengan rakusnya. inshaaAllah. xoxo SalamAlaik :)