Monday, November 25, 2013

WAJARKAH KONSERT DI MUKTAMAR??


WAJARKAH? WAJARKAH?

PERNAHKAH KITA TERFIKIR ?

PRU13 kita mendapat undian majoriti rakyat Malaysia, tetapi "mengapa kemenangan bukan milik kita?" MENGAPA DAN MENGAPA?

muhasabah sejenak dasar perjuangan kita mungkin tersasar setelah bertahaluf siyasi yang rata - ratanya dasar PKR dan DAP bukan kerana Islam. Dasar dan perjuangan PAS 100% berbeza dengan dasar parti politik lain. Parti kita dipimpin oleh kepimpinan ulama' malah ditubuhkan oleh ulama' !

Tetapi, kenapa mesti ada puak anti- ulama' dalam jemaah kita sendiri?  Seperti yang ditegaskan oleh YB Dun Tepoh tempoh hari di Muktamar Pas Pusat mewakili Negeri Terengganu. Yang menjadi permasalahnya adalah wujudnya MR.ARROGANT!!

Berikutan isu yang menggemparkan semua muktamirin KONSERT PAS FOR ALL, persoalannya di sini. Wajarkah jawapan balas Dr. Muhaimin berkenaan isu ini!

Ini pandangan saya sebagai seorang anak muda :

Konsert seperti itu sangat sangat TIDAK WAJAR BAHKAN MEMALUKAN, apa begitu dahaga anak muda PAS yang rata ratanya bertudung labuh dan berkopiah terhadap hiburan seperti itu? Adakah konsert seperti itu HARAM apabila ia anjuran UMNO dan menjadi HALAL apabila di anjur oleh PAS?

Ya benar, memang tiada pencampuran antara lelaki dan perempuan, tetapi anak muda seperti kami lebih memerlukan pengisian agama yang kami kira kami tidak ada pada parti lain. Kita ada tokoh kuat anak muda seperti UAI, USTAZ HASLIM dan ramai lagi . tetapi, mengapa hiburan seperti ini dipersembahkan.

Saya yakin, saya akan berdepan dengan pelbagai persoalan mengenai isu ini daripada sahabat sahabat yang baru berniat ingin mendekati PAS yang mana hati mereka memerlukan pengisian rohani.

WallahuAlam , saya insan lemah yang turut rasa dibebani dengan permasalah jamaah ini. Kita doakan kedua dua Tuan Guru kita kuat mengahadapi segala ujian ini.

sama- sama audit, dan semoga masalah seperti ini tidak berulang . segala keputusan, harap boleh rujuk Dewan Ulama' yang akan memberi nasihat. Ingat ! Kita bukan sebuah parti politik semata mata . kita MEMBAWA PANJI ISLAM !

Suka saya ulangi kata kata Perwakilan Wilayah Persekutuan "Jangan kerana kita mahu ke Putrajaya, kita tinggalkan syariat Allah di pintu pagar Putrajaya"


Dhiya ULhaq Annuury
12.13am | Isnin



No comments: